Pengenalan
Lukisan Unjuran ortografik boleh la diaggapkan sebagai lukisan dua demensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua demensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.
Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah lukisan itu dibina. Sesuatu arah pandangan objekyang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu akan diperolehi. Ini beerti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.
Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :-
- Prinsip unjuran berpusat
- Prinsip unjuran selari
Rajah 1: Prinsip unjuran berpusat |
Rajah 2 : Prinsip unjuran selari |
KONSEP
1. Lukisan ortografik dilukis dengan anggapan semua arah pandangan dalam garisan lurus dan selari dengan dua paksi utama iaitu paksi x dan paksi y
2. Garisan dalam lukisan ortografik mempunyai fungsinya sendiri. Oleh itu ketebalan dan kehitaman garisan amat penting.
3. Terdapat dua jenis unjuran iaitu
- unjuran sudut pertama
- unjuran sudut ketiga
4. Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :
-Pandangan atas (pelan)
-Pandangan depan (hadapan)
-Pandangan sisi (samping)
Pandangan Unjuran Sudut Pertama
Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan
atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.
Simbol bagi sudut pandangan
UNJURAN SUDUT PERTAMA
<nama lain Unjuran Inggeris>
Lukisan untuk sistem unjuran |
Pandangan Unjuran Sudut Ketiga
Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan
selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada
sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui
illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.
Simbol bagi sudut pandangan ketiga
Lukisan untuk sistem unjuran |
Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis ;
1. Unjuran Sudut Pertama.
2. Unjuran Sudut Ketiga.
1. Unjuran Sudut Pertama.
2. Unjuran Sudut Ketiga.
Unjuran Sudut Pertama.
Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan.
Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera.
Satah-satah utama yang terdapat dalam sudut ini
mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.
Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat. Rajah 1 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu.
Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan
hadapan.
Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai
satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh
anak panah kecil.
Rajah 1: Lukisan Bergambar Bagi Objek Padu |
Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B.
Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga
mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.
Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari
pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi.
Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah 2 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama.
Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.
Rajah 2 : Kedudukan Satah Dalam Sudut Pertama |
Unjuran Sudut Ketiga
Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di serata dunia.
Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah-olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah-satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C.
Ketiga-tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 3.
Rajah 3 : Tiga Pandangan Dalam Unjuran Sudut Ketiga. |
Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.